Sunday, October 22, 2017

MileFlix




Assalamualaikum.. Saya Saiful Amin dan berumur 25 tahun. Seorang yang berkelulusan dalam bidang Sains dan Komputer. Saya kini sedang menetap di Bangi. Tujuan saya menghantar proposal dalam bentuk blog ini adalah untuk mencari sponsor/partner bersama untuk laman sosial saya iaitu MileFlix.com (https://mileflix.com/) . Dahulu pada hujung tahun 2012 saya telah bina 1 laman sosial yang pertama di Malaysia. Memang sambutan amat menggalakkan pada ketika itu. Namun ia cuma bertahan selama hampir 5 bulan sahaja disebabkan kekurangan kewangan untuk tampung bayaran server pada ketika itu. Dahulu ia dikenali dengan nama MileFlix dan aktif Dari hujung 2012 sehingga awal 2013. Jumlah pengguna yang berdaftar dalam laman MileFlix masa itu hampir 100,000 orang jugak dalam masa tak sampai 3 bulan.  ..

Boleh lihat laman saya pada ketika itu di gambar2 dibawah ini. Saya sertakan sekali feedback2 pengguna2 MileFlix juga. Anda sendiri boleh search MileFlix di Facebook. Skroll area tahun 2012/2013. Akan jumpa bnyak feedback2 lagi. Bawah ni saya paparkan yang sebahagian sahaja.







Persoalan?


Apa beza laman ini dengan Facebook?

Kalau nak bandingkan dengan FB. Mmng FB 100% ada segalanya lah. Tapi apa yang MileFlix ada tiada di FB. Contohnya di site ini ada shoutbox, dimana semua user yang online boleh layan shoutbox pada masa yg sama. Jadi dengan adanya features ini user2 yang online akan mudah untuk berkomunikasi dengan user2 lain walaupon belum menjadi rakan pon.




Site ini mempunyai forum tersendiri. Jadi di forum itu nanti akan saya siapkan kategori. Jadi pengguna MileFlix boleh create any topik untuk dibincangkan dan juga boleh download software dan games untuk PC yang dah sy sediakan. 



Marketplace turut ada dalam laman ini. Mana2 pengguna yang nak iklankan apa jua produk, pet, servis apa jua skali pon. Boleh dilakukan menerusi fungsi ini. Ia lebih kurang sama jugak seperti laman mudah.com.





Fungsi announcement pon menarik juga pada saya. Jika saya ada sebarang info yang nak diberitahu pada semua. Saya just update dalam sistem, jadi info yang saya sampaikan itu akan terpapar pada main page. Jadi memang semua akan nampak info itu. Jangan risau ia sedikit tidak merimaskan pengguna sebab design paparan pengumuman itu cukup mesra pengguna. Mereka boleh klik pangkah juga jika tidak mahu melihat info tersebut.

 Di profile juga kita boleh lihat siapa last visit di profile kita serta turut ada fungsi review profile. Boleh rujuk gambar dibawah. Selain fungsi verified account turut ada dalam laman ini.



Paling best pada laman ini adalah fungsi live streaming. Pengguna MileFlix boleh mendengar pelbagai jenis stesyen radio Malaysia. Selain itu program TV, drama2, filem terkini turut dipaparkan juga dalam site ini. Tidak lupa juga live streaming bola sepak antarabangsa turut disediakan untuk tontonan penggemar bola sepak.






Apa kelebihan akan partner dapat jika sudah menjadi rakan kongsi nanti?
 Segala keuntungan dari laman ini akan dibahagikan 50/50. Insyaallah kita bermula dari bawah dahulu. Bila laman ini sudah dikenali seluruh Malaysia akan ramai yang sudi menggunakan platform ini untuk apa jua pengiklanan. 

Bagaimana boleh saya tahu bahawa saya bekas pengasas laman sosial dahulu?
Boleh lihat FB personal saya Saiful Ranchodas. Kemudian di timeline saya pilih tahun 2012 dari bulan disember sehingga March 2013, memang saya aktif post tentang laman ini pada ketika itu.


Berapa dana yang diperlukan untuk menaja MileFlix ini?
 Untuk ketika ini cukup untuk bayaran monthly server lebih kurang RM1k sebulan. Untuk ketika ini saya kekurangan dana untuk marketing menggunakan FBads. Insyaallah dengan fbads dan apa jua marketing akan memberi impak besar untuk membantu laman ini dikenali. Kita juga akan target pendaftar dari indonesia, brunei dan singapore. Dengan interface design yg mesra pengguna dan bnyak fungsi2 menarik didlam MileFlix ini, saya yakin laman ini mampu pergi lebih jauh. Insyaallah dengan kehendaknya.


Jika saya sudi menerima offer ini bagaimana?
Okay saya cuma cari seorang saja main sponsor. Jika anda betul2 berminat boleh terus whatsapp saya di 0176266634. Anda boleh lihat dan daftar dalam web ini https://MileFlix.com/ untuk melihat keandaan luar dan dalaman web ini. Saya sarankan anda masuk guna latop atau PC kerana interface dengan dekstop lebih jelas. Bawah ni saya sediakan video tour laman ini. Nampak simple dahulu sebab ini web demo dan belum disetup sepenuhnya. Jika ada yang setuju dan script sudah dibeli baru ditambah pelbagai features2 menarik serta kerja2 muat naik stream akan terus dijalankan.